Tuesday 29 June 2010

Mutiara 2 : Taubat

(Bab 2 : Taubat, Hadits RS13-RS24)


Imam Nawawi memulakan bab ini menulis, berkata ulama:

“Bertaubat dari setiap dosa itu wajib. Taubat seorang hamba dengan Allah Taala, tidak berkait dengan hak manusia lain, mempunyai tiga syarat:

1. Berhenti serta-merta dari melakukan maksiat.
2. Menyesal kerana melakukannya.
3. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Jika maksiat itu berkait dengan hak manusia, syaratnya ada empat termasuk tiga syarat di atas dan menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak. Jika ia berkait dengan harta dan seumpamanya, harus mengembalikannya. Jika berkait dengan sumpah, tuduhan dan seumpamanya, maka harus meminta maaf. Jika ia berkaitan dengan mengumpat, maka ia harus meminta dihalalkan.

Adalah wajib bertaubat dari semua dosa. Jika seseorang bertaubat hanya dari sebahagian dosa sahaja maka yang diampunkan hanya itu manakala dosa lain tidak.”

Imam Nawawi kemudiannya mengemukakan tiga ayat Al-Quran berkenaan dengan taubat:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nuur, 24:31)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya.” (Huud, 11:3)

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya.” (At-Tahrim, 66:8)

Orang yang beriman tidak terkecuali dari melakukan dosa di saat-saat kelemahannya. Apa yang membezakannya dari orang lain ialah ia segera kembali kepada Allah. Ia sedar dosa tersebut berupa sesuatu yang boleh mengakibatkan kemurkaan Allah swt, sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh seseorang yang mengaku beriman. Ia tahu maksiat yang dilakukan boleh menjauhkan dirinya dari Allah. Orang yang beriman seterusnya insaf, memohon keampunan Allah dan bertaubat dari dosa yang dilakukan.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh tauladan yang sebaik-baiknya dalam hal ini.

M4. Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Demi Allah, sesungguhnya saya beristighfar (meminta ampun) kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari." (RS13; Bukhari)

Baginda adalah seorang yang maksum, bersih dari dosa-dosa. Namun Rasulullah beristighfar dan bertaubat lebih dari 70 kali dalam sehari.

Allah sentiasa membuka pintu keampunannya di malam hari untuk hambaNya yang melakukan dosa di waktu siang, dan membuka pintu keampunan di waktu siang untuk hambaNya yang melakukan dosa di malam hari (RS16). Taubat akan terus diterima selagi roh masih belum sampai di kerongkongnya (RS18), selagi matahari belum terbit di sebelah barat (RS17).

Allah swt suka menerima taubat para hambaNya yang mengakui kelemahan diri dan menagih keampunanNya.

M5. Dari Abu Hamzah iaitu Anas bin Malik al-Anshari r.a., pelayan Rasulullah s.a.w., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah lebih gembira dengan taubat hambaNya di antara kamu melebihi kegembiraan seseorang yang secara tiba-tiba menemukan kembali untanya yang telah hilang di padang pasir yang tandus." (RS15; Bukhari, Muslim)

Dalam riwayat Muslim disebutkan demikian:

"Allah amat gembira dengan taubat hambaNya ketika ia bertaubat kepadaNya melebihi kegembiraan seseorang dari kamu yang menunggang kenderaan(unta) di padang pasir yang tandus, kemudian kenderaan yang membawa bekalan makanan dan minumannya itu hilang. Ia berputus-asa. Ia berbaring di bawah naungan sebuah pohon dalam keadaan kecewa kerana kehilangan kenderaan tersebut. Tiba-tiba kenderaannya itu berdiri di sisi, lalu ia memegang tali pengikatnya dan berkata dalam keadaan yang amat gembira: ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah TuhanMu’. Ia tersasul kerana terlalu gembira."

Di dalam bab ini juga Imam Nawawi membawa hadits yang menceritakan bagaimana seorang yang membunuh 99 jiwa menjadi insaf dan mahu bertaubat. Beliau kemudiannya membunuh seorang rahib yang memberitahunya bahawa taubatnya tidak akan diterima. Seorang alim kemudian menasihatkan beliau untuk pergi ke satu tempat di mana orang-orang beribadat kepada Allah. Malaikat Rahmat, bukannya Malaikat Azab, menguruskan roh beliau apabila beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke sana. Maksudnya taubat beliau diterima (RS20).

Kisah Kaab bin Malik yang tidak pergi ke Ghazwah Tabuk juga dimasukkan dalam bab Taubat ini. Ayat 117-119 dari Surah At-Taubah mengesahkan bahawa Allah menerima taubat beliau dan dua orang sahabat lagi (RS21).

Begitu juga hadits berkenaan dengan seorang perempuan yang dihukum rejam dikemukakan. Rasulullah saw menegaskan kepada Saidina Umar bahawa taubat perempuan tersebut mencukupi kalau dibahagikan kepada 70 orang penduduk Madinah (RS22).

Ketiga-tiga kisah tersebut menunjukkan betapa Maha Pengampun Allah swt di dalam menerima taubat hamba-hambaNya walau sebesar mana dosa mereka sekalipun. Kita tidak seharusnya berputus-asa dari rahmat Allah bila melakukan sebarang maksiat. Allah akan mengampuni semua dosa sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepadaNya.

Tuesday 22 June 2010

Mutiara 1 : Ikhlas

(Bab 1 : Ikhlas, Hadits RS1-RS12)

Imam Nawawi memulakan kitab Riadhus Shalihin ini dengan bab Ikhlas, satu topik penting yang menjadi asas kepada penerimaan amal seseorang. Tanpa keikhlasan, amalan-amalan yang dibentangkan di dalam bab-bab yang seterusnya tidak bernilai.

Bab ini, sebagaimana sebahagian bab-bab lain, dimulakan dengan beberapa ayat Al-Quran. Ayat Al-Quran yang pertama yang diketengahkan ialah:

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah, 98 : 5)

Ayat-ayat lain yang dimasukkan oleh Imam Nawawi dalam bab ini ialah Al-Hajj, 22:37 dan Ali Imran, 3:29.

Beliau kemudiannya mengemukakan hadits yang pertama dalam bab yang pertama ini iaitu:

M1. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

Hanyasanya amalan-amalan itu adalah dengan niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia perolehi atau kerana seorang perempuan yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.” (RS1; Bukhari, Muslim)

Hadits pembukaan kitab Riadhus Shalihin ini juga merupakan hadits pertama kepada kitab Arbain Nawawi yang masyhur itu, begitu juga kitabnya Al-Azkaar.

Samada sesuatu amalan bakal mendapat ganjaran dari Allah bergantung kepada niat seseorang. Sekiranya ia beramal ikhlas semata-mata untuk mendapat keredaan Allah dan pahala dariNya, tentulah itu yang akan diperolehinya. Sebaliknya kalau ia beramal untuk mendapat pujian manusia, kemegahan diri atau untuk maksud rendahan yang lain, keredaan Allah dan ganjaranNya tidak mungkin dicapai dengan amalan tersebut.

Apa yang bernilai di sisi Allah swt ialah amal soleh dan keikhlasan dalam beramal.

M2. Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat kepada jasad atau rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amalan kamu." (RS7; Muslim)

Kita dapat lihat kemurahan Allah swt dalam mengganjari para hambaNya dalam hadits:

M3. Dari Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib, r.a. dari Rasulullah s.a.w. dalam apa yang diriwayatkan dari Tuhannya Tabaraka wa Taala (Hadis Qudsi), bersabda:

"Sesungguhnya Allah mencatat hasanah (kebaikan) dan sayyiah (kejahatan), kemudian menjelaskan keduanya.

Sesiapa yang bercadang untuk mengerjakan kebaikan tetapi tidak jadi melakukannya, Allah Tabaraka wa Taala mencatat untuknya satu hasanah yang sempurna di sisiNya. Sesiapa yang bercadang untuk mengerjakan kebaikan kemudian melakukannya, Allah mencatat sepuluh hingga tujuh ratus hasanah malah lebih dari itu.

Seterusnya, sesiapa bercadang untuk mengerjakan kejahatan tetapi tidak jadi melakukannya Allah mencatat untuknya satu hasanah yang sempurna di sisiNya dan sesiapa yang mahu mengerjakan kejahatan kemudian melakukannya, Allah mencatat satu sayyiah sahaja." (RS11; Bukhari, Muslim)

Seseorang beroleh satu hasanah dengan niat sahaja, samada berniat melakukan kebaikan atau kejahatan tetapi tidak dapat melakukannya di atas sebab-sebab yang sesuai. Sekiranya ia dapat melakukan amal kebaikan yang diniatkannya itu, ia mendapat ganjaran hasanah yang berganda-ganda.

Amalan soleh yang dilakukan dengan ikhlas juga dapat menjadi sarana untuk memperkuatkan doa. Dalam hadits terakhir dalam bab ini, RS12, Rasulullah saw menceritakan bagaimana tiga orang pemuda terperangkap di dalam sebuah gua berdoa dan bertawassul dengan amalan yang mereka pernah lakukan. Hasilnya mereka diselamatkan dari gua tersebut.

Wednesday 2 June 2010

Intro 5 : Mukadimah Riadhus Shalihin

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Mulia lagi Maha Pengampun. Dia yang menukarkan malam menjadi siang dan sebaliknya, sebagai peringatan kepada orang-orang yang berfikir. Dia-lah yang menyedarkan orang-orang yang dipilih di antara makhlukNya supaya tidak leka dengan kesenangan dunia tetapi tekun mematuhiNya, sentiasa menggunakan akal fikiran yang benar dan sentiasa mencari bimbingan dan petunjuk.

Dia sentiasa memberi pertolongan kepada mereka untuk sentiasa taat kepadaNya serta mampu untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan dosa dan memberi pertolongan kepada mereka bagi menambah bekal untuk kebahagiaan di Hari Kemudian. Ia juga menghindarkan mereka dari apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan apa-apa yang menyebabkan kebinasaan diri serta memelihara mereka dari tidak mudah terumbang ambing dengan perubahan keadaan dan masa.

Aku memuji Allah sepenuh hati yang meliputi pengertian syukur dan puja. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang belas kasih, Maha Mulia, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku bersaksi bahawa junjungan kita Nabi Muhammad hamba Allah dan pesuruhNya, serta kekasihNya, yang memimpin ke jalan agama yang lurus.

Semoga selawat Allah dan salamNya tetap ke atas Nabi Muhammad, nabi-nabi lain, keluarga dan sahabat mereka serta orang-orang yang soleh.

Kemudian daripada itu, Allah swt berfirman:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.” (Adz-Dzaariyaat, 51 : 56&57)

Ayat ini menjelaskan bahawa manusia diciptakan untuk beribadat. Dari itu sudah selayaknya mereka memperhatikan tujuan mereka diciptakan dan meninggalkan tipu daya dunia dengan zuhud, sebab dunia tidak akan kekal. Dunia hanya sebagai batu loncatan, bukan tempat tinggal dan kesenangan.

Dengan sebab itu orang yang sihat fikiran tidak tertipu oleh kesibukan dunia, untuk melakukan kewajipan ibadat.

Firman Allah:

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berfikir.” (Yunus, 10 : 24)

Banyak ayat-ayat yang serupa dengan ayat ini. Sungguh tepat kata pujangga:

Sesungguhnya ada hamba-hamba Allah yang bijak.
Mereka menceraikan dunia kerana takut fitnah.
Mereka renungkan, dan ketika itu mengerti;
Bahawa dunia bukan tempat tinggal untuk hidup abadi.
Mereka anggap dunia ini bagaikan samudera;
Mereka menggunakan amal soleh sebagai bahteranya.

Setelah nyata sifat dunia ini, juga kejadian diri sendiri, wajarlah bagi seorang mukallaf menempuh jalan yang baik dan mengikuti jejak orang-orang yang soleh. Sebaik-baik jalan yang harus ditempuhi ialah jalan tuntunan-tuntunan adab yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.

Firman Allah:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa.” (Al-Maa-idah, 5 : 2)

Hadits sahih dari Rasulullah saw:

"Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya." (Muslim)

Dan sabda baginda saw:

“Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia akan mendapat pahala sebanyak yang diperolehi orang yang mengerjakannya.” (Muslim)

“Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia mendapat pahala sebanyak pahala pengikutnya, dan yang demikian itu tidak mengurangi pahala pengikut-pengikut itu sedikit pun.” (Muslim)

Dan sabda Nabi saw kepada Ali bin Abi Thalib:

“Demi Allah, apabila Allah memberi hidayat kepada seseorang kerana ajaranmu, maka itu lebih baik bagimu daripada kekayaan ternakan yang merah-merah.” (Bukhari, Muslim)

Saya merasa terpanggil untuk menyusun sebuah kitab yang berisi hadits-hadits yang sahih yang mencakupi bagaimana caranya seseorang itu dapat sampai ke alam akhirat dengan selamat, serta bagaimana caranya seseorang itu dapat sempurna segala peri lakunya baik lahir maupun batin. Hadits-hadits yang saya kumpulkan itu meliputi anjuran, ancaman dan petunjuk-petunjuk untuk mencapai kesempurnaan seperti hadits zuhud, latihan jiwa, pendidikan akhlak, penawar hati dan pemeliharaan jasad, meluruskan penyelewengan-penyelewengan dan lain-lain.

Saya berusaha untuk tidak memasukkan di sini kecuali hadits yang sahih dan semuanya itu saya petik dari kitab-kitab sahih yang sudah masyhur. Sebelum hadits, saya akan beri pendahuluan beberapa ayat Al-Quran. Saya akan tambah sedikit keterangan di mana perlu. Kemudian, bila saya sebut ‘muttafaq alaihi’ pada penghujung hadits, bererti ia diriwayatkan oleh kedua-dua Bukhari dan Muslim.

Saya berharap bila selesai, kitab ini akan menjadi pembimbing bagi orang yang menginginkan kebaikan dan sebagai pencegah dari segala kejahatan dan kebinasaan.

Saya berharap sesiapa yang beroleh manfaat dari kitab ini supaya mendoakan saya, kedua ibubapa saya, guru-guru saya dan semua kaum muslimin.

Kepada Allah Yang Maha Mulia sahajalah saya menyerahkan urusan serta tempat saya menyandarkan diri. Dialah yang mencukupi segala-galanya dan sebaik-baik Zat yang menguasai. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Tuesday 1 June 2010

Intro 4 : Kandungan Riadhus Shalihin 2/2 (draft)

KITAB PAKAIAN

Bab 117 Sunnahnya Mengenakan Pakaian Putih Dan Bolehnya Mengenakan Pakaian Berwarna Merah, Hijau, Kuning, Hitam, Juga Bolehnya Mengambil Pakaian Dari Kapuk, Katun, Rambut, Bulu Dan Lain-lain Lagi Kecuali Sutera

Bab 118 Sunnahnya Mengenakan Baju Gamis

Bab 119 Sifat Panjangnya Gamis, Lobang Tangan Baju, Sarung, Ujung Sorban Dan Haramnya Melemberehkan Sesuatu Dari Yang Tersebut Di Atas Karena Maksud Kesombongan Dan Kemakruhannya likalau Tidak Karena Maksud Kesombongan

Bab 120 Sunnahnya Meninggalkan Yang Tinggi-tinggi — Yakni Yang Terlampau Indah — Dalam Hal Pakaian Karena Maksud Merendahkan Diri

Bab 121 Sunnahnya Bersikap Sedang — Sederhana — Dalam Pakaian Dan Jangan Merasa Cukup Dengan Apa Yang Menyebabkan Celanya Yang Tidak Ada Kepentingan Atau Tidak Ada Tujuan Syara'Untuk Itu

Bab 122 Haramnya Berpakaian Sutera Untuk Kaum Lelaki, Haramnya Duduk Di Atasnya Atau Bersandar Padanya Dan Bolehnya Mengenakannya Untuk Kaum Wanita

Bab 123 Bolehnya Mengenakan Pakaian Sutera Untuk Orang Yang Berpenyakit Gatal-gatal

Bab 124 Larangan Duduk Di Atas Kulit Harimau Dan Naik Di Atas Harimau

Bab 125 Apa Yang Diucapkan likalau Mengenakan Pakaian Baru, Terumpah Dan Sebagainya

Bab 126 Sunnahnya Memulai Pada Anggota Kanan Dalam Mengenakan Pakaian


KITAB KESOPANAN TIDUR

Bab 127 Adab-adab Kesopanan Tidur Dan Berbaring

Bab 128 Bolehnya Bertelentang Atas Tengkuk Leher, Juga Meletakkan Salah Satu Dari Kedua Kaki likalau Tidak Dikhuatirkan Terbukanya Aurat Dan Bolehnya Duduk Dengan Bersila Dan Duduk Ihtiba' — Yakni Duduk Berjongkok Sambil Membelitkan Sesuatu Dari Pinggang Ke Lutut Atau Tangannya Merangkul Lutut

Bab 129 Adab-adab Kesopanan Dalam Majlis Dan Kawan Duduk

Bab 130 Impian Dan Apa-apa Yang Berhubungan Dengan Impian Itu


KITAB BERSALAM

Bab 131 Keutamaan Mengucapkan Salam Dan Perintah Untuk Meratakannya

Bab 132 Kaifiyat Bersalam

Bab 133 Adab-adab Kesopanan Bersalam

Bab 134 Sunnahnya Mengulangi Salam Kepada Orang Yang Berulang Kali Pula Bertemu Dengannya Sekalipun Dalam Waktu Dekat, Seperti la Masuk Lalu Keluar Lalu Masuk Lagi Seketika Itu Ataupun Dihalang-halangi Oleh Pohon Dan Sebagainya Antara Kedua Orang Itu

Bab 135 Sunnahnya Bersalam jikalau Memasuki Rumahnya

Bab 136 Mengucapkan Salam Kepada Anak-anak

Bab 137 Salamnya Orang Lelaki Kepada Isterinya Dan Wanita Yang Menjadi Mahramnya Atau Kepada Orang Lain — Yakni Bukan Isteri Atau Mahram, Seorang Atau Banyak Yang Tidak Dikhuatirkan Timbulnya Fitnah Dengan Mereka Itu. Demikian Pula Salam Kaum Wanita Itu Pada Lelaki Dengan Syarat Tidak Menimbulkan Fitnah

Bab 138: Haramnya Kita Memulai Bersalam Kepada Orang-orang Kafir Dan Caranya Menjawab Salam Kepada Mereka Dan Sunnahnya Mengucapkan Salam Kepada Orang-orang Yang Ada Di Dalam Majlis Yang Di Antara Mereka Ada Kaum Muslimin Dan Kaum Kafirin

Bab 139: Sunnahnya Memberikan Salam Jikalau Berdiri Meninggalkan Majlis Dan Memisahkan Diri Kepada Kawan-kawan Duduknya, Banyak Ataupun Seorang

Bab 140: Meminta Izin Dan Adab-adab kesopananNya

Bab 141: Menerangkan Bahwa Sunnah Hukumnya Apabila Kepada Orang Yang Meminta Izin Ditanyakan: "Siapakah Engkau? Supaya Mengucapkan "Fulan" Dengan Menyebut Nama Dirinya Yang Mudah Dimaklumi, Baik Nama Sendiri Atau Nama Kun-yahnya Dan Kemakruhannya Mengucapkan: "Saya" Dan Yang Seumpamanya

Bab 142: Sunnahnya Mentasymitkan — Mendoakan Agar Dikaruniai Kerahmatan Oleh Allah Dengan Mengucapkan: Yarhamukallah — Kepada Orang Yang Bersin, Jikalau la Memuji Kepada Allah Ta'ala — Yakni Membaca Alhamdulillah — Dan Makruh Mentasymitkannya Jikalau la Tidak Memuji Kepada Allah Ta'ala, Begitu Pula Uraian Tentang Adab-adab Kesopanan Bertasymit, Bersin Dan Menguap

Bab 143: Sunnahnya Berjabatan Tangan Ketika Bertemu Dan Menunjukkan Muka Yang Manis, Juga Mencium Tangan Orang Shalih Dan Mencium Anaknya, Serta Merangkul Orang Yang Baru Datang Dari Bepergian Dan Makruhnya Membungkukkan Badan — Dalam Memberi Penghormatan


KITAB PERIHAL MENINJAU ORANG SAKIT, MENGHANTARKAN JANAZAH, MENYEMBAHYANGINYA, MENGHADHIRI PEMAKAMANNYA, BERDIAM SEMENTARA DI SISI KUBURNYA SESUDAH DITANAMKAN

Bab 144: Meninjau Orang Sakit

Bab 145: Ucapan Yang Dapat Digunakan Untuk Mendoakan Orang Sakit

Bab 146: Sunnahnya Menanyakan Kepada Keluarga Orang Yang Sakit Tentang Keadaan Si Sakit Itu

Bab 147: Apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Sudan Putus Harapan Dari Hidupnya — Karena Sakitnya Sudah Dirasa Sangat Sekali Dan Tidak Akan Sembuh Lagi

Bab 148 Sunnahnya Wasiat Kepada Keluarga Orang Yang Sakit Dan Orang Yang Melayani Orang Sakit Itu Supaya Berbuat Baik Padanya, Menahan Dan Sabar Pada Apa Yang Menyukarkan Perkaranya, ]uga Wasiat Untuk Kepentingan Orang Yang Sudah Dekat Sebab Kematiannya Dengan Adanya Had Atau Qishash Dan Lain-lain Sebagainya

Bab149 Bolehnya Seseorang Yang Sakit Mengatakan: "Saya Sakit" Atau "Sangat Sakit" Atau "Panas" Atau "Aduh Kepalaku" Dan Lain Sebagainya Dan Uraian Bahwasanya Tidak Ada Kemakruhan Mengatakan Sedemikian Tadi, Asalkan Tidak Karena Timbulnya Kemarahan Dan Menunjukkan Kegelisahan — Sebab Sakitnya Tadi

Bab 150 Mengajar Orang Yang Sudah Hampir Didatangi Oleh Ajal Kematiannya Dengan La llaha Wallah

Bab 151 Apa Yang Diucapkan Ketika Memejamkan Mata orang Mati

Bab 152 Apa Yang Diucapkan Di Sisi Mayit Dan Apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Ditinggalkan Oleh Mayit

Bab 153 Bolehnya Menangisi Orang Mati Tanpa Nadab - Menghitung-hitung Kebaikan Mayit - Juga Tanpa Suara Keras Dalam Tangisnya Itu

Bab 154 Menahan - Tidak Menyiar-nyiarkah — Sesuatu Yang Tidak Baik Yang Diketahui Dari Seseorang Mayit

Bab155 Menyembahyangi Mayit, Mengantarkannya — Ke Kubur, Menghadhiri Pemakamannya Dan Makruhnya Kaum Wanita Ikut Mengantarkan Janazah-janazah

Bab 156 Sunnahnya Memperbanyakkan Orang Yang Menyembahyangi Janazah Dan Membuat Barisan-barisan Orang-orang Yang Menyembahyangi Itu Menjadi Tiga Deretan Atau Lebih

Bab 157 Apa-apa Yang Dibaca Dalam Shalat Janazah

Bab 158 Menyegerakan Mengubur Janazah

Bab 159 Menyegerakan Mengembalikan Hutangnya Mayit Dan Menyegerakan Dalam Merawatnya, Kecuali Kalau Mati Secara Mendadak, Maka Perlu Dibiarkan Dulu Sehingga Dapat Diyakinkan Kematiannya

Bab 160 Memberikan Nasihat Di Kubur

Bab 161 Berdoa Untuk Mayit Sesudah Dikuburkan Dan Duduk Di Sisi Kuburnya Sebentar Untuk Mendoakannya Serta Memohonkan Pengampunan Untuknya Dan UntukMembaca — Al-Quran

Bab 162 Sedekah Untuk Mayit Dan Mendoakan Padariya

Bab 163 Pujian Orang-orang Pada Mayit

Bab 164 Keutamaan Orang Yang Ditinggal Mati Oleh Anak-anaknya Yang Masih Kecil

Bab 165 Menangis Serta Takut Di Waktu Melalui Kubur-kuburnya Orang-orang Yang Menganiaya - Dirinya Karena Enggan Mengikuti Kebenaran -Dan Tempat Jurunnya Siksa Pada Mereka Itu Serta Menunjukkan Iftiqar Kita Kepada Allah — Yakni Bahwa Kita Amat Memerlukan Bantuan Dan Pertolongannya — Dan Pula Menakut-nakuti Dari Melalaikan Yang Tersebut Di Atas Itu


KITAB ADAB-ADAB KESOPANAN BEPERGIAN

Bab 166 Sunnahnya Keluar Pada Hari Kemis Dan Sunnahnya Pergi Di Permulaan Siang Hari

Bab 167 Sunnahnya Mencari Kawan — Dalam Bepergian — Dan Mengangkat Seorang Di Antara Yang Sama-sama Pergi Itu Sebagai Pemimpin Mereka Yang Harus Diikuti Oleh Peserta-peserta Perjalanan Itu

Bab 168: Adab-adab Kesopanan Perjalanan, Turun, Menginap Dan Tidur Dalam Bepergian, Juga Sunnahnya Berjalan Malam, Belas-kasihan Pada Binatang-binatang Menjaga Kemaslahatan-kemaslahatan
Binatang-binatang Tadi Serta Menyuruh Orang Yang Teledor Memberikan Hak Binatang-binatang Tadi Supaya Memberikan Haknya Dan Bolehnya Naik Di Belakang Di Atas Binatang Kendaraan, Jikalau Binatang Itu Kuat Dinaikki - Sampai Dua Orang

Bab 169: Menolong Kawan

Bab 170: Apa-apa Yang Diucapkan Apabila Seseorang Itu Menaiki Kendaraannya Untuk Bepergian

Bab 171: Takbirnya Seorang Musafir Jikalau Menaiki Tempat Tinggi— Cunung-gunung — Dan Sebagainya Dan Bertasbih Jikalau Turun Ke Jurang Dan Sebagainya Serta Larangan Terlampau Sangat Dalam Mengeraskan Suara Takbir Dan Lain-lain

Bab 172 Sunnahnya Berdoa Dalam Bepergian

Bab 173 Apa Yang Diucapkan Sebagai Doa Apabila Seseorang Itu Takut Kepada Orang-orang Atau Lain-lainnya

Bab 174 Apa Yang Diucapkan Jikalau Seseorang Itu Menempati Suatu Pondokan — Penginapan

Bab 175 Sunnahnya Mempercepatkannya Seorang Musafir Untuk Pulang Ke Tempat Keluarganya, Jikalau Sudah Menyelesaikan Keperluannya

Bab 176 Sunnahnya Datang Di Tempat Keluarganya Di Waktu Siang Dan Makruhnya Datang Di Waktu Malam, Jikalau Tidak Ada Keperluan Penting

Bab 177 Apa Yang Diucapkan Apabila Seseorang Musafir Itu Telah Kembali Dan Apabila Telah Melihat Negerinya

Bab 178 Sunnahnya Orang Yang Baru Datang — Dari Bepergian — Supaya Masuk Masjid Yang Berdekatan Dengan Tempatnya Lalu Bersembahyang Dua Rakaat Di Dalam Masjid Itu

Bab 179 Haramnya Wanita Bepergian Sendirian


KITAB FADHAIL (BERBAGAI FADHILAH ATAU KEUTAMAAN)

Bab 180: Keutamaan Membaca Al-Quran

Bab 181: Perintah Berta'ahud Kepada Al-Quran — Memelihara Dan Membacanya Secara Tetap — Dan Menakut-nakuti Berpaling Daripadanya Karena Kelupaan

Bab 182: Sunnahnya Memperbaguskan Suara Dalam Membaca Al-Quran Dan Meminta Untuk Membacanya Dari Orang Yang Bagus Suaranya Dan Mendengarkan Pada Bacaan Itu

Bab 183: Anjuran Membaca Surat-surat Atau Ayat-ayat Yang Tertentu

Bab 184: Sunnahnya Berkumpul Untuk Membaca - Al-Quran

Bab 185: Keutamaan Berwudhu'

Bab 186: Keutamaan Berazan

Bab 187: Keutamaan Shalat

Bab 188: Keutamaan Shalat Shubuh Dan Ashar

Bab 189: Keutamaan Berjalan Ke Masjid

Bab 190: Keutamaan Menantikan Shalat

Bab 191: Keutamaan Shalat Jamaah

Bab 192 Anjuran Mendatangi Shalat Jamaah Shubuh Dan Isya'

Bab 193: Perintah Menjaga Shalat-shalat Wajib Dan Larangan Keras Serta Ancaman Hebat Dalam Meninggalkannya

Bab 194: Keutamaan Saf Pertama Dan Perintah Menyempurnakan Saf-saf Yang Permulaan Yakni Jangan Berdiri Di Saf Kedua Sebelum Sempurna Saf Pertama Dan Jangan Berdiri Di Saf Ketiga Sebelum Sempurna Saf Kedua Dan Seterusnya, Serta Meratakan Saf-saf Dan Merapatkannya

Bab 195 Keutamaan Shalat-shalat Sunnah Rawaatib Yang Mengikuti Shalat-shalat Fardhu Dan Uraian Sesedikit-sedikit Rakaatnya, Sesempuma-sempurnanya Dan Yang Pertengahan Antara Keduanya

Bab 196: Mengokohkan Sunnahnya Dua Rakaat Shubuh

Bab 197: Meringankan Dua Rakaat Fajar—Sunnah Sebelum Shubuh, Uraian Apa Yang Dibaca Dalam Kedua Rakaat Itu Serta Uraian Perihal Waktunya

Bab 198: Sunnahnya Berbaring Sesudah Mengerjakan Shalat Sunnah Dua Rakaat Fajar — Sebelum Shubuh — Pada Lambung Sebelum Kanan Dan Anjuran Untuk Melakukan Ini, Baikpun Pada Malam Harinya Bersembahyang Tahajjud Atau Tidak

Bab 199: Shalat Sunnah Zuhur

Bab 200: Shalat Sunnah Asar

Bab 201: Shalat Sunnah Maghrib, Sesudah Dan Sebelumnya

Bab 202: Shalat Sunnah Isya' Sesudah Dan Sebelumnya

Bab 203: Shalat Sunnah Jum'ah

Bab 204: Sunnahnya Mengerjakan Shalat-shalat Sunnah Di Rumah, Baikpun Sunnah Rawaatib Atau Lain-lainnya Dan Perintah Berpindah Untuk Bersembahyang Sunnah Dari Tempat Yang Digunakan Bersembahyang Wajib Atau Memisahkan Antara Kedua Shalat Itu Dengan Pembicaraan

Bab 205: Anjuran Melakukan Shalat Witir Dan Uraian Bahwa Shalat Ini Adalah Sunnah Yang Dikokohkan Serta Uraian Mengenai Waktunya

Bab 206: Keutamaan Shalat Dhuha Dan Uraian Perihal Sesedikit-sedikitnya Rakaat Dhuha, Sebanyak-banyaknya Dan Yang Pertengahannya Serta Anjuran Untuk Menjaga Untuk Terus Melakukannya

Bab 207: Bolehnya Melakukan Shalat Dhuha Dari Tingginya Matahari Sampai Tergelincir — Atau Lingsirnya Dan Yang Lebih Utama lalah Dilakukan Ketika Sangatnya Panas Dan Meningginya Waktu Dhuha

Bab 208: Anjuran Melakukan Shalat Sunnah Tahiyatul Masjid - Menghormat Masjid — Dua Rakaat Dan Makruhnya Duduk Sebelum Bersembahyang Dua Rakaat, Di Waktu Manapun Juga Masuknya Masjid Itu Dan Sama Halnya, Apakah Bersembahyang Dua Rakaat Tadi Dengan Niat Tahiyat, Shalat Fardhu, Sunnah Rawaatib Dan Lain-lainnya

Bab 209: Sunnahnya Dua Rakaat Sesudah Wudhu'

Bab 210: Keutamaan Shalat Jum'ah, Kewajibannya, Mandi Untuk Menghadhirinya, Datang Berpagi-pagi Kepadanya, Doa Pada Hari Jum'ah, Membaca Shalawat Nabi Pada Hari Itu, Uraian Perihal Saat Dikabulkannya Doa-doa Dan Sunnahnya Memperbanyak ZikirKepada Allah Ta'ala Sesudah Jum'ah

Bab 211: Sunnahnya Sujud Syukur Ketika Mendapatkan Kenikmatan Yang Nyata Atau Terhindar Dari Bencana Yang Nyata

Bab 212 Keutamaan Bangun Shalat Di Waktu Malam

Bab 213 Sunnahnya Bangun Malam Ramadhan Yaitu Untuk Malam Mengerjakan Shalat Sunnah Tarawih

Bab 214 Keutamaan Mengerjakan Shalat Di Malam Lailatul-Qadri Dan Uraian Perihal Malam-malam Yang Lebih Dapat Diharapkan Menemuinya

Bab 215 Keutamaan Bersiwak — Bersugi — Dan Perkara-perkara Kefitrahan

Bab 216 Mengokohkan Kewajiban Zakat Dan Uraian Tentang Keutamaannya Serta Apa-apa Yang Berhubungan Dengan Zakat Itu

Bab 217 Wajibnya Puasa Ramadhan, Uraian Keutamaan Berpuasa Dan Hal-hal Yang Berhubungan Dengan Puasa Itu

Bab 218 Dermawan Dan Melakukan Kebaikan Serta Memperbanyak Kebagusan Dalam Bulan Ramadhan Dan Menambahkan Amalan Itu Dari Yang Sudah-sudah Apabila Tiba Sepuluh Hari Terakhir Dari Ramadhan Itu

Bab 219: Larangan Mendahului Ramadhan Dengan Puasa Sesudah Pertengahan Sya'ban, Melainkan Bagi Orang Yang Mempersambungkan Dengan Hari-hari Yang Sebelumnya Atau Tepat Pada Kebiasaan Yang
Dilakukannya, Misalnya Bahwa Kebiasaannya Itu lalah Berpuasa Hari Senin Dan Kemis Lalu Bertepatan Dengan Itu

Bab 220 Apa Yang Diucapkan Di Waktu Melihat Bulan Sabit Yakni Rukyatul Hilal

Bab 221 Keutamaan Bersahur Dan Mengakhirkannya Selama Tidak Takut Menyingsingnya Fajar

Bab 222: Keutamaan Menyegerakan Berbuka Dan Apa Yang Digunakan Untuk Berbuka Itu Serta Apa Yang Diucapkan Setelah Selesai Berbuka

Bab 223: Perintah Kepada Orang Yang Berpuasa Supaya Menjaga Lisan Dan Anggotanya Dari Perselisihan Dan Saling Bermaki-makian Dan Sebagainya

Bab 224: Berbagai masalah dalam berpuasa

Bab 225: Keutamaan Berpuasa Dalam Bulan Muharram, Sya'ban Dan Bulan-bulan YangMulia - Asyhurul Hurum

Bab 226: Keutamaan Berpuasa Dan Lain-lain Dalam Hari-hari Sepuluh Pertama Dari Bulan Zulhijjah

Bab 227: Keutamaan Berpuasa Pada Hari Arafah,'Asyura Dan Tasu'a

Bab 228: Sunnahnya Berpuasa Enam Hari Dari Bulan Syawal

Bab 229: Sunnahnya Berpuasa Pada Hari Senin Dan Kemis

Bab 230: Sunnahnya Berpuasa Tiga Hari Dalam Setiap Bulan

Bab 231: Keutamaan Orang Yang Memberi Makan Buka Kepada Orang Yang Berpuasa, Keutamaan Orang Berpuasa Yang Dimakan Makanannya Di Sisinya Dan Doanya Orang Yang Makan Kepada Orang Yang Makanannya Dimakan Di Sisinya Itu


KITAB ITIKAF

Bab 232: I'tikaf


KITAB HAJI

Bab 233 Haji


KITAB JIHAD

Bab 234 Jihad

Bab 235: Uraian Perihal Kelompok Golongan Orang-orang Yang Dapat Disebut Mati Syahid Dalam Pahala Akhirat Dan Mereka Ini Wajib Dimandikan Dan Disembahyangi, Berbeda Dengan Orang Yang Terbunuh Dalam Berperang Melawan Kaum Kafirin

Bab 236: Keutamaan Memerdekakan Hamba sahaya

Bab 237: Keutamaan Berbuat Baik Kepada Hamba sahaya

Bab 238: Keutamaan Hamba sahaya Yang Menunaikan Hak Allah Ta'ala Dan HakTuannya

Bab 239: Keutamaan Beribadat Dalam Keadaan Penuh Kekacauan Yaitu Percampur-bauran Dan Timbulnya Berbagai Fitnah Dan Sebagainya

Bab 240: Keutamaan Bermurah Hati Dalam Berjual-beli, Mengambil Dan Memberi, Bagusnya Menunaikan Hak Yang Menjadi Tanggungannya — Yakni Mengembalikan Hutang, Bagusnya Meminta Haknya — Yakni Menagih, Memantapkan Takaran Dan Timbangan, Larangan Mengurangi Timbangan, Juga Keutamaan Memberi Waktu Bagi Seseorang Yang Kecukupan Kepada Orang Yang Kekurangan — Dalam Mengembalikan Hutangnya - Serta Menghapuskan Samasekali - Akan Hutang - Orang Yang Kekurangan Itu


KITAB ILMU

Bab 241 Ilmu pengetahuan


KITAB MEMUJI DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH TA'ALA

Bab 242 Memuji Dan Bersyukur Kepada Allah Ta'ala


KITAB SHALAWAT KEPADA RASULULLAH S.A.W.

Bab 243 Bacaan Selawat kepada Rasulullah s.a.w


KITAB BERBAGAI ZIKIR

Bab 244 Keutamaan Zikir Dan Anjuran Mengerjakannya

Bab 245 Berzikir Kepada Allah Ta'ala Dengan Berdiri, Duduk, Berbaring Berhadas, Sedang Junub Dan Haidh, Kecuali Al-Quran, Maka Tidak Halal Bagi Orang Yang Sedang Junub Atau Haidh

Bab 246 Apa Yang Diucapkan Ketika Hendak Tidur Dan Bangun Tidur

Bab 247 Keutamaan Berhimpun Untuk Berzikir Dan Mengajak-ajak Untuk Menetapinya Dan Larangan Memisahkan Diri Daripadanya Kalau Tanpa Uzur

Bab 248 Zikir Di Waktu Pagi Dan Sore

Bab 249 Apa-Apa yang diucapkan ketika hendak tidur


KITAB DOA-DOA

Bab 250 Doa-doa

Bab 251 Keutamaan Berdoa Di Luar Adanya Orang Yang Didoakan

Bab 252 Beberapa Masalah Dari Hal Doa

Bab 253 Karamat-karamatnya Para Waliullah Dan Keutamaan Mereka


KITAB PERKARA-PERKARA YANG TERLARANG MELAKUKANNYA

Bab 254: Haramnya Mengumpat Dan Perintah Menjaga Lisan

Bab 255: Haramnya Mendengar Kata Umpatan — Ghibah — Dan Menyuruh Kepada Orang Yang Mendengar Umpatan Yang Diharamkan Itu Supaya Menolaknya Dan Mengingkari — Tidak Menyetujui — Kepada Orang Yang Mengucapkannya. Jikalau Tidak Kuasa Ataupun Orang Tadi Tidak Suka Menerima Nasihatnya, Supaya la Memisahkan Diri Dari tempat Itu Jikalau Mungkin la Berbuat Demikian

Bab 256: Uraian Perihal Ghibah — Mengumpat — Yang Dibolehkan

Bab 257: Haramnya Mengadu Domba Yaitu Memindahkan Kata-kata Antara Para Manusia Dengan Maksud Hendak Merusakkan

Bab 258: Larangan Memindahkan Kata-kata Atau Pembicaraan Orang-orang Kepada Para Penguasa Negara, Jikalau Tidak Didorong Oleh Sesuatu Keperluan Seperti Takutnya Timbulnya Kerusakan DanLain-lain

Bab 259: Celanya Orang Yang Bermuka Dua - Kemunafikan

Bab 260: Haramnya Berdusta

Bab 261: Uraian Perihal Dusta Yang Dibolehkan

Bab 262: Memiliki Ketetapan Dalam Apa Yang Diucapkan Atau Apa Yang Diceriterakan

Bab 263: Uraian Kesangatan Haramnya Menyaksikan Kepalsuan

Bab 264: Haramnya Melaknat Diri Seseorang Atau Terhadap Binatang

Bab 265: Bolehnya Melaknati Kepada Orang-orang Yang Mengerjakan Kemaksiatan Tanpa Menentukan Perorangannya

Bab 266: Haramnya Memaki Orang Islam Tanpa Hak (Kebenaran)

Bab 267: Haramnya Memaki-maki Orang-orang Mati Tanpa Adanya Hak (Kebenaran) Dan Kemaslahatan Syariat

Bab 268: Larangan Menyakiti

Bab 269: Larangan Saling Benci-membenci, Putus-memutuskan — Ikatan Persahabatan — Dan Saling Belakang-membelakangi — Tidak Sapa-menyapa —

Bab 270: Haramnya Hasad - Dengki - Yaitu Mengharapkan Lenyapnya Sesuatu Kenikmatan Dari Pemiliknya, Baikpun Yang Berupa Kenikmatan Urusan Agama Atau Urusan Keduniaan

Bab 271: Larangan Menyelidiki Kesalahan Orang Serta Mendengarkan Pada Pembicaraan Yang Orang Ini Benci Kalau la Mendengarnya

Bab 272 Larangan Mempunyai Prasangka Buruk Kepada Kaum Muslimin Yang Tanpa Adanya Dharurat

Bab 273 Haramnya Menghinakan Seorang Muslim

Bab 274 Larangan Menampakkan Rasa Gembira Karena Adanya Bencana Yang Mengenai Seorang Muslim

Bab 275 Haramnya Menodai Nasab — Keturunan — Yang Terang Menurut Zahirnya Syara'

Bab 276 Larangan Mengelabui Dan Menipu

Bab 277 Haramnya Bercidera — Tidak Menepati Janji

Bab 278 Larangan Mengundat-undat — Yakni Membangkit-bangkitkan Sesuatu Pemberian Dan Sebagainya

Bab 279 Larangan Berbangga Diri Dan Melanggar Aturan

Bab 280 Haramnya Meninggalkan Bercakap - Yakni Tidak Sapa-menyapa -Antara Kaum Muslimin Lebih Dari Tiga Hari Kecuali Karena Adanya Kebid'ahan Dalam Diri Orang Yang Ditinggalkan Bercakap Tadi — Yakni Yang Tidak Disapa — Atau Karena Orang Itu Menampakkan Kefasikan Dan Lain-lain Sebagainya

Bab 281: Larangan Berbisiknya Dua Orang Tanpa Orang Yang Ketiga Dan Tanpa Izinnya Yang Ketiga Ini, Melainkan Karena Adanya Keperluan, Yaitu Kalau Kedua Orang Itu Bercakap-cakap Secara
Rahasia Sekira Orang Yang Ketiga Itu Tidak Dapat Mendengarkannya Atau Yang Semakna Dengan Itu, Umpamanya Keduanya Bercakap-cakap Dengan Sesuatu Bahasa Yang Tidak Dimengerti Oleh orang yang ketiga tadi

Bab 282 Larangan Menyiksa Hamba Sahaya, Binatang, Wanita Dan Anak Tanpa Adanya Sebab Yang Dibenarkan Oleh Syara' Ataupun Dengan Cara Yang Melebihi Kadar Kesopanan - Meskipun Dibenarkan Oleh Syara'

Bab 283 Haramnya Menyiksa Dengan Api Pada Semua Binatang, Sampai Pun Kutu Kepala Dan Sebagainya

Bab 284 Haramnya Menunda-nundanya Seorang Kaya Pada Sesuatu Hak Yang Diminta Oleh Orang Yang Berhak Memperolehnya

Bab 285 Makruhnya Seseorang Yang Menarik Kembali Hibah — Yakni Pemberiannya — Kepada Orang Yang Akan Dihibahi, Sebelum Diterimakan Kepada Yang Akan Dihibahi Itu Atau Hibah Yang Akan Diberikan Kepada Anaknya Dan Sudah Diterimakan Atau Belum Diterimakan Padanya, Juga Makruhnya Seseorang Membeli Sesuatu Benda Yang Disedekahkan Dari Orang Yang Disedekahi Atau Yang Dikeluarkan Sebagai Zakat Atau Kaffarah - Denda - Dan Lain-lain Sebagainya, Tetapi Tidak Mengapa Kalau Membelinya Itu Dari Orang Lain — Bukan Yang Disedekahi Atau Dizakati Dan Sebagainya — Karena Sudah Berpindah Milik Dari Orang Ini Ke Orang Lain Itu

Bab 286 Mengokohkan Keharamannya Makan Harta Anak Yatim
Bab 287 Memperkeraskan Haramnya Harta Riba

Bab 288 Haramnya Ria' - Pamer Atau Memperlihatkan Kebaikan Diri Sendiri

Bab 289 Sesuatu Yang Disangka Sebagai Ria', Tetapi Sebenarnya Bukan Ria'

Bab 290 Haramnya Melihat Kepada Wanita Ajnabiyah — Bukan Mahramnya — Dan Kepada Orang Banci Yang Bagus Tanpa Ada Keperluan Yang Dibenarkan Menurut Syara'

Bab 291 Haramnya Menyendiri Dengan Wanita Lain — Yakni Yang Bukan Mahramnya —

Bab292 Haramnya Orang-orang Lelaki Menyerupakan Diri Sebagai Kaum Wanita Dan Haramnya Kaum Wanita Menyerupakan Diri Sebagai Kaum Lelaki, Baik Dalam Pakaian, Gerakan Tubuh Dan Lain-lain

Bab 293 Larangan Menyerupakan Diri Dengan Syaitan Dan Orang-orang Kafir

Bab 294 Larangan Orang Lelaki Dan Perempuan Untuk Menyumba - Yakni Menyemir - Rambutnya Dengan Warna Hitam.

Bab 295 Larangan Menguncit Yaitu Mencukur Sebagian Kepala Dengan Meninggalkan Sebagian Lainnya Dan Bolehnya Mencukur Seluruh Kepala Untuk Orang Lelaki, Tidak Untuk Orang Perempuan

Bab 296 Haramnya Menghubungkan Rambut Sendiri Dengan Rambut Orang Lain. Mencacah Kulit - Dengan Gambar. Tulisan Dan Lain-lain - Serta Wasyr Yaitu Mengikir Gigi – Untuk Merenggangkannya.

Bab 297: Larangan mecabut Uban dari Janggut, Kepala Dan Lain-Lain Dan Larangan Orang Banci Mencabut Rambut lariggutnya Pada Permulaan Tumbuhnya

Bab 298: Makruhnya Bercebok Dengan Tangan Kanan Dan Memegang Kemaluan Dengan Tangan Kanan Ketika Bercebok Tanpa AdanyaUzur

Bab 299: Makruhnya Berjalan Dengan Mengenakan Sebuah Terumpah Atau Sebuah Sepatu Khuf Tanpa Adanya Uzur Dan Makruhnya Mengenakan Terumpah Atau Sepatu Khuf Dengan Berdiri Tanpa Uzur

Bab 300 Larangan Membiarkan Api Menyala Di Rumah Ketika Masuk Tidur Dan Lain-lain, Baikpun Api Itu Dalam Lampu Ataupun Lain-lainnya

Bab 301 Larangan Memaksa-maksakan Yaitu Perbuatan Dan Ucapan Yang Tidak Ada Kemaslahatan Di Dalamnya Dengan Kemasyarakatan - Yakni Kesukaran —

Bab 302 Haramnya Menangis Dengan Suara Keras Kepada Mayit, Menampar Pipi, Merobek-robek Saku, Mencabuti Rambut, Mencukur Rambut Serta Berdoa Dengan Mendapatkan Kecelakaan Dan Kehancuran

Bab 303 Larangan Mendatangi Ahli Tenung, Ahli Nujum, Ahli Terka, Orang-orang Meramal Dan Sebagainya Dengan Menunjuk Dengan Menggunakan Kerikil, Biji Sya'ir Dan Lain-lain Sebagainya

Bab 304 Larangan Dari Perasaan Akan Mendapat Celaka — Karena Adanya Sesuatu

Bab 305 Haramnya Menggambar Binatang Di Hamparan, Batu, Baju, Wang Dirham, Wang Dinar, Culing Bantal Dan Lain-lain, juga Haramnya Menggunakan Gambar Tadi Diletakkan Di Dinding Atap, Tabir, Sorban, Baju Dan Sebagainya Serta Perintah Merusakkan Gambar Itu

Bab 306: Haramnya Memelihara Anjing Kecuali Untuk Berburu, Menjaga Ternak Atau Ladang Tanaman

Bab 307: Makruhnya Menggantungkan Lonceng — Bel — Pada Unta Atau Binatang Lain-lain Dan Makruhnya Membawa Anjing Dan Lonceng - Bel - Dalam Bepergian

Bab 308: Makruhnya Menaiki lalalah Yaitu Unta Lelaki Atau Perempuan Yang Makan Kotoran. (ikatau la Sudah Makan Makanan Biasa - Bukan Kotoran *- Yang Suci Lalu Dagingnya Menjadi Enak Dimakan, Maka Hilanglah Kemakruhannya

Bab 309: Larangan Berludah Dalam Masjid Dan Perintah Menghilangkannya Jikalau Menemukan Ludah Itu Dan Pula Perintah Membersihkan Masjid Dari Segala Kotoran

Bab 310: Makruhnya Bertengkar Dalam Masjid, Mengeraskan Suara Di Dalamnya, Menanyakan Apa-apa Yang Hilang, J'ual Beli, Persewaan Dan Lain-lain Hal Yang Termasuk Mu'amalat

Bab 311 Larangan Makan Bawang Putih, Bawang Merah, Petai Dan Lain-lain Yang Mengandung Bau Busuk Dari Masuk Masjid Sebelum Lenyapnya Bau Tersebut —Dari Mulut –Kecuali kalau darurat

Bab 312 Makruhnya Duduk Ihtiba' Pada Hari Jum'at Di Waktu Imam Sedang Berkhutbah, Sebab Duduk Semacam Itu Dapat Menyebabkan Timbulnya Kantuk Lalu Tidak Memperhatikan Lagi Untuk Mendengar Khutbah Dan Pula Ditakutkan Akan Batalnya Wudhu'

Bab 313 Larangan Bagi Seseorang Yang Didatangi Tanggal Sepuluh Zulhijjah Dan la Hendak Menyembelih Kurban Kalau la Mengambil - Memotong Atau Mencukur - Sesuatu Dari Rambut Atau Kukunya Sendiri, Sehingga laSelesai Menyembelih Kurban Tadi

Bab 314 Larangan Bersumpah Dengan Menggunakan Makhluk Seperti Nabi, Ka'bah, Malaikat, Langit, Nenek-moyang, Kehidupan, Ruh, Kepala, Kehidupan Sultan, Kenikmatan Sultan, Tanah Si Fulan, Amanat Dan Sumpah-sumpah Semacam Inilah Yang Terkeras Larangannya

Bab 315 Memperkeraskan Keharamannya Sumpah Dusta Dengan Sengaja

Bab 316 Sunnahnya Seseorang Yang Sudan Terlanjur Mengucapkan Sumpah, Lalu Melihat Lainnya Yang Lebih Baik Dari Yang Disumpahkannya Itu, Supaya la Mengerjakan Saja Apa Yang Sudan Disumpahkan Tadi Kemudian Membayar Denda Atas Sumpahnya Tersebut

Bab 317 Pengampunan Atas Sumpah Yang Tidak Disengaja Dan Bahwasanya Sumpah Semacam Ini Tidak Perlu Dibayarkan Kaffarah, Yaitu Sumpah Yang Biasa Meluncur Atas Lisan Tanpa Adanya Kesengajaan, Seperti Seseorang Yang Sudan Biasa Mengucapkan: "Tidak, Wallahi" Dan "Ya, Wallahi" Dan Lain-lain Sebagainya

Bab 318 Makruhnya Bersumpah Dalam Berjualan, Sekalipun Benar Kata-katanya

Bab 319 Makruhnya Seseorang Meminta Dengan Zatnya Allah Azza Wa Jalla Selain Dari Syurga Dan Makruhnya Menolak Seseorang Yang Meminta Dengan Menggunakan Ucapan "Dengan Allah Ta'ala" Serta
Bersyafa'at Dengan Kata-kata Itu

Bab 320 Haramnya Mengucapkan Syahansyah'— Maha Raja Atau Raja Di Raja — Untuk Seseorang Sultan Atau Lain-lainnya, Sebab Artinya, Itu lalah Raja Dari Sekalian Raja, Sedangkan Tidak Boleh Diberi Sifat Sedemikian Itu Melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Bab321 Larangan Memanggil Orang Fasik Atau Orang Yang Berbuat Kebid'ahan Dan Yang Semacam Itu Dengan Ucapan "Tuan - Sayyid —" Dan Yang Seumpamanya

Bab 322 Makruhnya Memaki-maki Penyakit Panas

Bab 323 Larangan Memaki-maki Angin Dan Uraian Apa Yang Diucapkan Ketika Ada Hembusan Angin

Bab 324 Makruhnya Memaki-maki Ayam

Bab 325 Larangan Seseorang Mengucapkan: "Kita Dihujani Dengan Berkah Bintang Anu”

Bab 326 Haramnya Seseorang Mengatakan Kepada Sesama Orang Muslim: "Hai Orang Kafir"

Bab 327: Larangan Berbuat Kekejian — Atau Melanggar Batas — Serta Berkata Kotor

Bab 328 Makruhnya Memaksa-maksakan Keindahan Dalam Bercakap-cakap Dengan Jalan Berlagak Sombong Dalam Mengeluarkan Kata-kata Dan Memaksa-maksa Diri Untuk Dapat Berbicara Dengan Fasih Atau Menggunakan Kata-kata Yang Asing - Sukar Diterima – Serta Susunan Yang Rumit-rumit Dalam Bercakap-cakap Dengan Orang Awam Dan YangSeumpama Mereka Itu

Bab 329: Makruhnya Berkata: "Cemarjiwaku"

Bab 330: Makruhnya Menamakan Anggur Dengan Sebutan Alkarmu

Bab 331: Larangan Menguraikan Sifat - Keadaan Atau Hal Ihwal - Wanita Kepada Seseorang Lelaki, Kecuali Kalau Ada Keperluan Untuk Berbuat Sedemikian Itu Untuk Kepentingan Syara' Seperti Hendak Mengawininya Dan Sebagainya

Bab 332: Makruhnya Seseorarg Mengucapkan Dalam Doanya: "Ya Allah, Ampunilah Saya Kalau Engkau Berkehendak", Tetapi Haruslah la Memantapkan Permohonannya Itu

Bab 333: Makruhnya Ucapan: "Sesuatu Yang Allah Menghendaki Dan Si Fulan Itu Juga Menghendaki"

Bab 334: Makruhnya Bercakap-cakap Sehabis Shalat Isya'Yang Akhir

Bab 335: Haramnya Seseorang Isteri Menolak Untuk Diajak Ke Tempat Tidur Suaminya, jikalau Suami Itu Mengajaknya, Sedangkan Isterinya Itu Tidak Mempunyai Uzur Yang Dibenarkan Oleh Syara'

Bab 336: Haramnya Seorang Isteri Mengerjakan Puasa Sunnah Di Waktu Suaminya Ada Di Rumah, Melainkan Dengan Izin Suaminya ltu

Bab 337: Haramnya Makmum Mengangkat Kepala Dari Ruku' Atau Sujud Sebelumnya Imam

Bab 338: Makruhnya Meletakkan Tangan Di Atas Khashirah — Yakni Rusuk Sebelah Atas Pangkal Paha - Ketika Shalat

Bab 339: Makruhnya Shalat Di Muka Makanan, Sedang Hatinya Ingin Padanya Atau Bersembahyang Dengan Menahan Dua Kotoran Yaitu Ingin Kencing Atau Berak

Bab 340: Larangan Mengangkat Mata Ke Langit - Yakni Ke Arah Atas - Dalam Shalat

Bab 341: Makruhnya Menoleh Dalam Shalat Tanpa Adanya Uzur

Bab 342: Larangan Shalat Menghadap Ke Arah Kubur

Bab 343: Haramnya Berjalan Melalui Mukanya Orang Yang Bersembahyang

Bab 344: Makruhnya Makmum Memulai Shalat Sunnah Setelah Muazzin Mulai
Mengucapkan Iqamah, Baikpun Yang Dilakukan Itu Shalat Sunnah Dari Shalat Wajib Yang Dikerjakan Itu — Yakni Rawaatib — Ataupun Sunnah Lainnya

Bab 345: Makruhnya Mengkhususkan Hari Jumaat Untuk Berpuasa Dan Malam Jumaat Untuk Shalat Malam

Bab 346: Haramnya Mempersambungkan Dalam Berpuasa Yaitu Berpuasa Dua Hari Atau Lebih Dan Tidak Makan Serta Tidak Minum Antara Hari-hari ltu

Bab 347 Haramnya Duduk Di Atas Kubur

Bab 348: Larangan Memelur Kubur Dan Membuat Bangunan Di Atasnya

Bab 349: Memperkeras Keharaman Melarikan Diri Bagi Seseorang Hamba Sahaya Dari Tuan Pemiliknya

Bab 350: Haramnya Memberi Syafa'at - Yakni Pertolongan - Dalam Hal Melaksanakan Had-had Atau Hukuman — Sehingga Diurungkan Terlaksananya Hukuman Itu —

Bab 351: Larangan Berberak Di Jalanan Orang-orang — Yakni Tempat Mereka Berlalu Lintas —Juga Di Tempat Mereka Berteduh Dan Di Tempat Mendatangi Air - Sumber-sumber Air - Dan Yang Seumpamanya

Bab 352: Larangan Kencing Dan Sebagainya Di Air Yang Berhenti - Yakni Tidak Mengalir

Bab 353: Makruhnya Mengutamakan Seseorang Anak Melebihi Anak-anak Yang Lainnya Dalam Hal Menghibahkan — Yakni Memberikan Sesuatu –

Bab 354: Haramnya Berkabung — Meninggalkan Berhias — Bagi Seseorang Wanita Atau Meninggalnya Mayit Lebih Dari Tiga Hari, Kecuali Kalau Yang Meninggal Itu Suaminya, Maka Berkabungnya Selama Empat Bulan Sepuluh Hari

Bab 355: Haramnya Menjualkannya Orang Kota Pada Miliknya Orang Desa Dan Menyongsong Penjual Di Atas Kendaraan, Juga Haramnya Menjual Atas Jualan Saudaranya — Sesama Muslim —, Jangan Pula Melamar Atas Lamaran Saudaranya, Kecuali Kalau la Mengizinkan Atau la Ditolak Lamarannya

Bab 356: Larangan Menyia-nyiakan Harta Yang Tidak Di Dalam Arah-arah Yang Diizinkan Oleh Syari'at Dalam Membelanjakannya

Bab 357: Larangan Berisyarat Kepada Seorang Muslim Dengan Menggunakan Pedang Dan Sebagainya Baikpun Secara Sungguh-sungguh Atau Senda-gurau Dan Larangan Memberikan Pedang Dalam Keadaan Terhunus

Bab 358: Makruhnya Keluar Dari Masjid Sesudah Azan Kecuali Karena Uzur, Sehingga Melakukan Shalat Yang Diwajibkan

Bab 359: Makruhnya Menolak Harum-haruman Tanpa Adanya Uzur

Bab 360: Makruhnya Memuji Di Muka Orang Yang Dipuji jikalau Dikhuatirkan Timbulnya Kerusakan Padanya Seperti Menimbulkan Rasa Keheranan Pada Diri Sendiri Dan Sebagainya, Tetapi )awaz - Yakni Boleh — Bagi Seseorang Yang Aman Hatinya Dari Perasaan Yang Sedemikian Itu Jikalau Menerima Pujian Pada Dirinya

Bab 361: Makruhnya Keluar Dari Sesuatu Negeri Yang Dihinggapi Oleh Wabah Penyakit Karena Hendak Melarikan Diri Daripadanya Serta Makruhnya Datang Di Negeri Yang Dihinggapi Itu

Bab 362: Memperkeras Keharamannya Sihir

Bab 363: Larangan Bepergian Dengan Membawa Mushhaf — Yakni Kitab Suci Al-Quran — Ke Negeri Orang-orang Kafir, Jikalau Dikhuatirkan Akan jatuhnya Mushhaf Itu Di Tangan Mereka

Bab 364: Haramnya Menggunakan Wadah Yang Terbuat Dari Emas Dan Wadah Dari Perak Untuk Makan, Minum, Bersuci Dan Macam-macam Penggunaan Yang Lain-lain

Bab 365: Haramnya Seseorang Lelaki Mengenakan Pakaian Yang Dibubuhi Minyak Za'faran

Bab 366: Larangan Berdiam — Tidak Berbicara — Sehari Sampai Malam

Bab 367: Haramnya Seseorang Mengaku Nasab — Atau Keturunan — Dari Seseorang Yang Bukan Ayahnya Dan Mengaku Diperintah Oleh Orang Yang Bukan Walinya — Yakni Yang Tidak Berhak Memerdekakannya

Bab 368: Menakut-nakuti Dari Menumpuk-numpuk Apa-apa Yang Dilarang Oleh Allah AzzaWaJalla Serta Oleh Rasulullah s.aw.

Bab 369: Apa-apa Yang Perlu Diucapkan Dan Dikerjakan Oleh Seseorang Yang Menumpuk-numpuk Apa-apa Yang Dilarang — Oleh Agama — Atas Dirinya


KITAB ALMANTSURAT DAN ALMULAH

Bab 370: Beberapa Hadis Yang Berserakan — Tidak Termasuk Dalam Bab Tertentu — Dan Yang Sedap-sedap Dirasakan


KITAB ISTIGHFAR

Bab 371: Mohon Pengampunan

Bab 372: Uraian Perihal Apa-apa Yang Disediakan Oleh Allah Ta'ala Untuk Kaum Mukminin Di Dalam Syurga

Intro 3 : Kandungan Riadhus Shalihin 1/2 (draft)

Bab 1 Ikhlas

Bab 2 Taubat

Bab 3 Sabar

Bab 4 Benar

Bab 5 Muraqabah (Berwaspada)

Bab 6 Takwa

Bab 7 Yakin Dan Tawakal

Bab 8 Istiqamah (Tetap Lurus)

Bab 9 Tafakur (Merenung dan Berfikir)

Bab 10 Bersegera Mengerjakan Kebaikan

Bab 11 Mujahadah (Bersungguh-sungguh)

Bab 12 Menganjurkan Untuk Menambah-nambah Kebaikan Pada Akhir-akhir Umur

Bab 13 Menerangkan Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan

Bab 14 Berlaku Sedang Dalam Beribadat

Bab 15 Memelihara Kelangsungan Amalan-amalan

Bab 16 Perintah Memelihara Sunnah Dan Adab-adabnya

Bab 17 Kewajiban Mengikuti Hukum Allah Dan Apa-apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Diajak Ke Arah Itu Dan Yang Diperintah Berbuat Kebaikan Atau Dilarang Berbuat Keburukan

Bab 18 Larangan Terhadap Kebid'ahan-kebid'ahan Dan Perkara-perkara Yang Diada-adakan

Bab 19 Orang Yang Memulai Membuat Sunnah Yang Baik Atau Buruk

Bab 20 Memberikan Petunjuk Kepada Kebaikan Dan Mengajak Ke Arah Hidayat Atau Ke Arah Kesesalan

Bab 21 Tolong-menolong Dalam Kebaikan Dan Ketaqwaan

Bab 22 Nasihat

Bab 23 Memerintah Dengan Kebaikan Dan Melarang Dari Kemungkaran

Bab 24 Memperkeraskan Siksaan Orang Yang Memerintahkan Kebaikan Atau Melarang Dari Kemungkaran, Tetapi Ucapannya Tidak Tepat Dengan Kelakuannya

Bab 25 Perintah Menunaikan Amanat

Bab 26 Keharamannya Menganiaya Dan Perintah Mengembalikan Apa-apa Yang Dari Hasil Penganiayaan

Bab 27 Mengagungkan Kehormatan-kehormatan Kaum Muslimin Dan Uraian Tentang Hak-hak Mereka Serta Kasih-sayang Dan Belas-kasihan Kepada Mereka

Bab 28 Menutupi Cela-cela Kaum Muslimin Dan Melarang Untuk Menyiar-nyiarkannya Tanpa Adanya Dharurat

Bab 29 Menyampaikan Hajat-hajatnya Kaum Muslimin

Bab 30 Syafaat

Bab 31 Mendamaikan Antara Para Manusia

Bab 32 Keutamaan Kelemahan Kaum Muslimin. Kaum Fakir Dan Orang-orang Yang Tidak Masyhur

Bab 33 Bersikap Lemah-lembut Kepada Anak Yatim. Anak-anak Perempuan Dan Orang Lemah Yang Lain-lain. Kaum Fakir Miskin, Orang-orang Cacat, Berbuat Baik Kepada Mercka, Mengasihi, Merendahkan Diri Serta Bersikap Merendah Kepada Mereka

Bab 34 Berwasiat Kepada Kaum Wanita

Bab 35 Hak Suami Atas Isteri (Yang Wajib Dipenuhi Oleh Isteri)

Bab 36 Memberikan Nafkah Kepada Para Keluarga

Bab 37 Memberikan Nafkah Dari Sesuatu Yang Disukai Dan Dari Sesuatu Yang Baik

Bab 38 Kewajiban Memerintah Keluarga Dan Anak-anak Yang Sudah Tamyiz, Juga Semua Orang Yang Dalam Lingkungan Penjagaannya, Supaya Taat Kepada Allah Ta'aia Dan Melarang Mereka Dari Menyalahinya, Harus, Pula Mendidik Mereka Dan Mencegah Mereka Dari Melakukan Apa-apa Yang Dilarang

Bab 39 Hak Tetangga Dan Berwasiat Dengannya

Bab 40 Berbakti Kepada Kedua Orangtua Dan Mempererat Keluarga

Bab 41 Keharamannya Berani - Kepada Orangtua - Dan Memutuskan Ikatan Kekeluargaan

Bab 42 Keutamaan Berbakti Kepada Kawan-kawan Ayah, Ibu, Kerabat, Isteri Dan Lain-lain Orang Yang Sunnah Dimuliakan

Bab 43 Memuliakan Ahli Baitnya Rasulullah s.a.w. Dan Menerangkan Keutamaan Mereka

Bab 44 Memuliakan Alim Ulama, Orang-orang Tua, Ahli Keutamaan Dan Mendahulukan Mereka Atas Lain-lainnya, Meninggikan Kedudukan Mereka Serta Menampakkan Martabat Mereka

Bab 45 Berziarah Kepada Para Ahli Kebaikan, Duduk-duduk Dengan Mereka, Mengawani Mereka, Mencintai Mereka, Meminta Mereka Supaya Berziarah Ke Tempat Kita, Meminta Doa Dari Mereka Serta Berziarah Ke Tempat-tempat Yang Utama

Bab 46 Keutamaan Mencintai Kerana Allah Dan Menganjurkan Sikap Sedemikian, Juga Memberitahukannya Seseorang Kepada Orang Yang Dicintainya Bahwa Ia Mencintainya Dan Apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Diberitahu Sedemikian Itu

Bab 47 Tanda-tanda Kecintaan Allah Kepada Seseorang Hamba Dan Anjuran Untuk Berakhlak Sedemikian Serta Berusaha Menghasilkannya

Bab 48 Ancaman Dari Menyakiti Orang-orang Shalih, Kaum Yang Lemah Dan Fakir Miskin

Bab 49 Menjalankan Hukum-hukum Terhadap Manusia Menurut Lahirnya, Sedang Keadaan Hati Mereka Terserah Allah Ta'ala

Bab 50 Takut Kepada Allah Ta'ala

Bab 51 Mengharapkan

Bab 52 Keutamaan Mengharapkan

Bab 53 Mengumpulkan Antara Takut Dan Mengharapkan

Bab 54 Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada Allah Ta'ala Dan Kerana Kindu Padanya

Bab 55 Keutamaan Zuhud Di Dunia Dan Anjuran Unluk Mempersedikit Keduniaan Dan Keutamaan Kefakiran

Bab 56 Keutamaan Lapar, Hidup Serba Kasar, Cukup Dengan Sedikit Saja Dalam Hal Makan, Minum, Pakaian Dan Lain-lain Dari Ketentuan-ketentuan Badan Serta Meninggalkan Kesyahwatan-kesyawatan (Keinginan-keinginan Jasmaniyah)

Bab 57 Qana'ah - Puas Dengan Apa Adanya Dan Tetap Berusaha, 'Afaf- Enggan Meminta-minta, Berlaku Sederhana Dalam Kehidupan Dan Berbelanja Serta Mencela Meminta Tanpa Dharurat

Bab 58 Boleh Mengambil Tanpa Meminta Atau Mengintai -Mengharap-harapkan

Bab 59 Anjuran Untuk Makan Dari Hasil Usaha Tangan Sendiri Dan Menahan Diri Dari Meminta Serta Menuntut Agar Diberi

Bab 60 Murah Hati Dan Dermawan Serta Membelanjakan Dalam Arah Kebaikan Dengan Percaya Penuh Kepada Allah Ta'ala

Bab 61 Melarang Sifat Bakhil Dan Kikir

Bab 62 Mengutamakan Orang Lain Dan Memberi Pertolongan - Agar Menjadi Ikutan

Bab 63 Berlomba-lomba Dalam Perkara Akhirat Dan Mengambil Banyak-banyak Dari Apa-apa Yang Menyebabkan Keberkahan

Bab 64 Keutamaan Orang Kaya Yang Bersyukur Yakni Orang Yang Mengambil Harta Dari Arah Yang Diridhai Dan Membelanjakannya Dalam Arah-arah Yang Diperintahkan

Bab 65 Mengingat-ingat Kematian Dan memperpendekkan Angan-angan

Bab 66 Kesunnahan Berziarah Kubur Bagi Orang-orang Lelaki Dan Apa-apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Berziarah

Bab 67 Kemakruhan Mengharapkan Kematian Dengan Sebab Adanya Bahaya Yang Menimpanya. Tetapi Tidak Mengapa jika Kerana Menakutkan Adanya Fitnah Dalam Agama

Bab 68 Kewara'an Dan Meninggalkan Apa-apa Yang Syubhat

Bab 69 Kesunnahan Memencilkan Diri Di Waktu Rusaknya Keadaan Zaman Atau Kerana Takut Fitnah Dalam Agama Dan Jatuh Dalam Keharaman, Kesyubhatan-kesyubhatan Atau Lain-lain Sebagainya

Bab 70 Keutamaan Bergaul Dengan Orang Banyak, Menghadiri Shalat-shalat Jum'at Dan Jamaah Bersama Mereka Serta Mengunjungi Tempat-tempat Kebaikan Dan Majlis-majlis Zikir, Juga Meninjau Orang Yang Sakit, Menghadiri Janazah-Janazah, Membantu Yang Mempunyai Hajat, Menunjukkan Yang Bodoh Dan Lain-lain Yang Termasuk Kemaslahatan Mereka Bagi Orang Yang Kuasa Beramar Ma'ruf Dan Nahi Mungkar. Demikian Pula Mencegah Diri Sendiri Dari Berbuai Menyakiti Serta Sabar Atas Sesuatu Yang Menyakitkan - Yang Menimpa Pada Diri Sendiri

Bab 71 Tawadhu' Dan Menundukkan Sayap — Yakni Merendahkan Diri - Kepada Kaum Mu'minin

Bab 72 Haramnya Bersikap Sombong Dan Merasa Heran Pada Diri Sendiri

Bab 73 Bagusnya Budi pekerti

Bab 74 Sabar, Perlahan-lahan Dan Kasih-sayang — Lemah-lembut

Bab 75 Memaafkan Dan Tidak Menghiraukan Orang-orang Yang Bodoh

Bab 76 Menahan Apa-apa Yang Menyakitkan

Bab 77 Marah Jikalau Kehormatan-kehormatan Syara' Dilanggar Dan Membantu Untuk Kemenangan Agama Allah Ta'ala

Bab 78 Perintah Kepada Pemegang Pemerintahan Supaya Bersikap Lemah-lembut Kepada Kakyatnya, Memberikan Nasihat Serta Kasih-sayang Kepada Mereka, Jangan Mengelabui Dan Bersikap Keras Pada Mereka, Juga jangan Melalaikan Kemaslahatan- kemaslahatan Mereka, Lupa Mengurus Mereka Ataupun Apa-apa Yang Menjadi Hajat Kepentingan Mereka

Bab 79 Penguasa Yang Adil

Bab 80 Wajibnya Mentaati Pada Penguasa Pemerintahan Dalam Perkara-perkara Bukan Kemaksiatan Dan Haramnya Mentaati Mereka Dalam Urusan Kemaksiatan

Bab 81 Melarang Meminta Jabatan Memegang Pemerintahan, Memilih Meninggalkan Kekuasaan Jikalau Tidak Ditentukan Untuk Itu Atau Kerana Ada Hajat - Kepentingan - Padanya

Bab 82 Memerintah Sultan Atau Qadhi Dan Lain-lainnya Dari Golongan Pemegang Pemerintahan Supaya Mengangkat Wazir - Atau Pembantu - Yang Baik Dan Menakut-nakuti Mereka Dari Kawan-kawan Yang jahat Serta Menerima - Membenarkan - Keterangan Mereka Itu

Bab 83 Melarang Memberikan Jabatan Sebagai Amir - Penguasa Negara - Ataupun Kehakiman Dan Lain-lainnya Dari Jabatan-jabatan Pemerintahan Negara Kepada Orang Yang Memintanya Atas Tamak Untuk Memperolehnya, Lalu Menawarkan Diri Untuk Jabatan Itu


KITAB ADAB

Bab 84 Malu Dan Keutamaannya Dan Menganjurkan Untuk Berakhlak Dengan Sifat Malu Itu

Bab 85 Menjaga Rahsia

Bab 86 Memenuhi Perjanjian Dan Melaksanakan Janji

Bab 87 Memelihara Apa-apa Yang Sudah Dibiasakan Dari Hal kebaikan

Bab 88 Sunnahnya Berbicara Yang Baik Dan Menunjukkan Wajah Yang Manis Ketika Bertemu

Bab 89 Sunnahnya Menerangkan Dan Menjelaskan Pembicaraan Kepada Orang Yang Diajak Bicara Dan Mengulang-ulanginya Agar Dapat Dimengerti. Jikalau Orang Itu Tidak Dapat Mengerti Kecuali Dengan Cara Mengulang-ulangi Itu

Bab 90 Mendengarkannya Seorang Kawan Kepada Pembicaraan Kawannya Yang Tidak Berupa Pembicaraan Yang Haram Dan Memintanya Orang Alim Serta Juru Nasihat Kepada Orang-orang Yang Menghadiri Majlisnya Supaya Mereka Mendengarkan Baik-baik

Bab 91 Menasihati Dan Berlaku Sedang Dalam Memberikan Nasihat

Bab 92 Bersikap Tenang Dan Pelan-pelan

Bab 93 Sunnahnya Mendalangi Shalat, Ilmu Pengetahuan Dan Lain-lainnya Dari Berbagai Ibadat Dengan Sikap Pelan-pelan Dan Tenang

Bab 94 Memuliakan Tamu

Bab 95 Sunnahnya Memberikan Berita Gembira Dan Mengucapkan Ikut Bergembira Dengan Diperolehnya Kebaikan

Bab 96 Mohon Dirinya Seseorang Sahabat Dan Memberikan Wasiat Padanya Ketika Hendak Berpisah Dengannya Kerana Bepergian Atau Lain-lainnya. Mendoakannya Serta Meminta Doa Daripadanya (Supaya Didoakan Olehnya)

Bab 97 Istikharah (Mohon Pilihan) Dalam Bermusyawarat

Bab 98 Sunnahnya Bepergian Ke Shalat Hari Raya. Meninjau Orang Sakit, Haji, Peperangan, Janazah, Dan Lain-lain Sebagainya Dari Satu Macam Jalan Dan Kembali Dengan Melalui Jalan Yang Selain Waktu Perginya Itu Kerana Memperbanyakkan Tempat Ibadat

Bab 99 Mencukur Kumis, Mencabut Rambut Keliak, Mencukur Kepala, Bersalam Dari Shalat, Makan, Minum, Berjabatan Tangan, Menjabat Hajar Aswad, Keluar Dari Jamban, Mengambil, Memberi Dan Lain-lain Yang Semakna Dengan ltu, Juga Disunnahkan Mendahulukan Anggota Yang Kiri Dalam Hal-hal Yang Sebaliknya Di Atas Seperti Beringus, Berludah Di Sebelah Kiri, Masuk Jamban, Keluar Dari Masjid, Melepaskan Sepatu, Terumpah, Celana, Pakaian Serta Bercebok Dan Mengerjakan Apa-apa Yang Dianggap Kotor Dan Yang Serupa Dengan itu


KITAB ADAB-ADAB MAKANAN

Bab 100 Mengucapkan Bismillah Pada Permulaan Makan Dan Alhamdulillah Pada Penghabisannya

Bab 101 Jangan Mencela Makanan Dan Sunnahnya Memuji Makanan

Bab 102 Apa-apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Mendalangi Makanan Sedang Ia Berpuasa Dan Tidak Hendak Berbuka

Bab 103 Apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Diundang Untuk Menghadiri Jamuan Makanan Lalu Diikuti Oleh Orang Lain

Bab 104 Makan Dari Apa-apa Yang Ada Di Dekatnya, Menasihati Serta Mengajarkannya Budi Pekerti Pada Seseorang Yang Buruk Ketika Makan

Bab 105 Larangan Mengumpulkan Dua Buah Kurma Atau Lain-lainnya Jikalau Makan Bersama-sama Kecuali Dengan Izin Kawan-kawannya

Bab 106 Apa-apa Yang Diucapkan Dan Dilakukan Oleh Orang Yang Makan Dan Tidak Sampai Kenyang

Bab 107 Perintah Makan Dari Tepi Piring Dan Larangan Makan Dari Tengahnya

Bab 108 Kemakruhan Makan Sambil Bersandar

Bab 109 Sunnahnya Makan Dengan Menggunakan Tiga Jari Dan Sunnahnya Menjilati Jari-jari Serta Kemakruhan Mengusap Jari-jari Sebelum Menjilatinya, Juga Sunnahnya Menjilati Piring Dan Mengambil Suapan Yang Jatuh Daripadanya Terus Memakannya, Juga Bolehnya Mengusap Jari-jari Sesudah Dijilati Pada Tangan, Kaki Dan Lain-lain Sebagainya

Bab 110 Memperbanyakkan Tangan Pada Makanan - Yakni Hendaknya Ketika Makan itu Beserta Orang Banyak

Bab 111 Kesopanan-kesopanan Minum Dan Sunnahnya Bernafas Tiga Kali Di Luar Wadah Serta Kemakruhan Bernafas Di Dalam Wadah Dan Sunnahnya Memutarkan Wadah Pada Orang Yang Sebelah Kanan Lalu Yang Sebelah Kanan Lagi Sesudah Orang Yang Memulai Minum ltu

Bab 112 Kemakruhan Minum Dari Mulut Girbah - Tempat Air Dari Kulit - Dan Lain-lainnya Dan Uraian Bahwasanya Hal ltu Adalah Makruh Tanzih Dan Bukan Haram

Bab 113 Kemakruhan Meniup Dalam Minuman

Bab 114 Uraian Tentang Bolehnya Minum Sambil Berdiri Dan Uraian Bahwa Yang Tersempurna Dan Termulia ialah Minum Sambil Duduk

Bab 115 Sunnah Orang Yang Memberi Minum Orang Banyak Supaya Ia Minum Terakhir Sekali

Bab 116 Bolehnya Minum Dari Segala Wadah Yang Suci Selain Yang Terbuat Dari Emas Dan Perak Dan Bolehnya Mengokop Yaitu Minum Dengan Mulut Dari Sungai Alau Lain-lain Tanpa Menggunakan Wadah Atau Tangan, Juga Haramnya Menggunakan Wadah Yang Terbuat Dari Emas Atau Perak Di Waktu Minum, Makan, Bersuci Dan Lain-lain Macam Penggunaan

Intro 2 : Mengenali Penulis - Imam Nawawi (draft)

Imam Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syaraf an-Nawawi ad-Dimasyqiy, dilahirkan di Nawa, satu tempat berhampiran dengan kota Damsyik (Damascus), Syria dalam tahun 1234 (631H). Beliau mula menetap di Damsyik dalam tahun 649H untuk menuntut ilmu dari para ulamak kota tersebut. Imam Nawawi tinggal di Madrasah Ar-Rawahiyyah.

Pada tahun 651H beliau menunaikan ibadah haji bersama ayahnya. Imam Nawawi kemudiannya pergi ke Madinah dan menetap di sana selama satu setengah bulan sebelum kembali ke Damsyik. Beliau mula mengajar di Darul Hadits Al-Asyrafiyyah, Damsyik dalam tahun 665H. Beliau menolak gaji yang diperuntukkan.

Beliau digelar Muhyiddin (yang menghidupkan agama) tetapi membenci gelaran ini kerana tawadhu’ beliau. Diriwayatkan bahawa beliau berkata: “Aku tidak akan memaafkan orang yang menggelarkanku Muhyiddin.”

Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara’ dan bertaqwa. Beliau sederhana, qana’ah dan berwibawa. Beliau menggunakan banyak waktu beliau dalam ketaatan. Sering tidak tidur malam untuk ibadah atau menulis. Beliau juga menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, termasuk kepada para penguasa, dengan cara yang telah digariskan Islam.

Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, di antaranya:

1. Dalam bidang hadits: Arba’in, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.

2. Dalam bidang fiqih: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’.

3. Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat.

4. Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar.

Kitab-kitab ini dikenal secara luas termasuk oleh orang awam dan memberikan manfaat yang besar sekali untuk umat. Ini semua tidak lain karena taufik dari Allah Ta’ala, kemudian keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam berjuang.

Imam Nawawi meninggal di Nawa dalam tahun 1278 (676H) sewaktu berusia 45 tahun.

Intro 1 : Riadhus Shalihin - Pengenalan Kitab


Imam Nawawi memilih 1896 hadits dari pelbagai kitab hadits termasuk Muwatta' Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, seterusnya menyusun mutiara hadits-hadits tersebut dalam 372 bab dalam kitab Riadhus Shalihin ini. Sebahagian dari bab tersebut didahulukan dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan.

Riadhus Shalihin, Taman Orang-orang yang Saleh, dimulakan dengan bab Ikhlas sebagai peringatan kepada pembaca akan kepentingan keikhlasan dalam mempelajari kitab ini seterus beramal dengannya. Ia diakhiri dengan dengan bab Janji-janji Allah kepada orang beriman di akhirat nanti. Di antara kedua-dua bab ini, hadits-hadits berkenaan amalan yang perlu dilakukan dan larangan yang perlu dijauhi, di segi zahir maupun batin, dinyatakan. Dengan mematuhi panduan ini, seseorang layak berada di taman orang-orang yang soleh seterusnya beroleh ganjaran di akhirat kelak, sebagaimana yang terdapat di bab terakhir.

Imam Nawawi menyusun kitab ini lebih dari 700 tahun yang lalu. Sejak itu Riadhus Shalihin telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, English dan Urdu. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Indonesia sejak tahun 1964 oleh Ustaz Salim Bahreisy. Ada lagi terjemahan Melayu lain selepas itu.

Di samping itu juga ramai ulama menulis kitab syarah Riadhus Shalihin, kitab yang menjelaskan hadits-hadits dalam Riadhus Shalihin. Sekurang-kurang tiga dari kitab syarah ini telah pun diterjemahkan dalam bahasa kita iaitu Kitab Dalilul Falihin Syarah Riadhus Shalihin, yang dikarang oleh Syeikh 'Alan ash-Shiddiqi asy-Syafi'i al-Makki (d. 1057H), Syarah Riadhus Shalihin oleh Sheikh Muhammad ibn Saalih al-Uthaymeen (d. 2001M) dan Bahjatun Nadhirin Syarah Riyadhus Shalihin oleh Sheikh Salim bin Eid Al Hilali.

Kitab Riadhus Shalihin dalam bahasa Melayu boleh di downloadkan dari
http://dakwah.info/download/ atau join  http://groups.yahoo.com/group/ilmuhadits/ kemudian download kitab dari bahagian Files.

Dalam bahasa Inggeris pula boleh di access dan download dari:

a) http://www.islamicstudies.info/riyad.php (Terjemahan ini termasuk syarah oleh Hafiz Salahuddin Yusuf, dengan text Arabic)
b) http://www.witness-pioneer.org/vil/hadeeth/riyad/default.htm (Terjemahan ini termasuk syarah oleh Hafiz Salahuddin Yusuf)
c) http://www.central-mosque.com/sunnah/riyadus_saleheen_bewley.pdf