Tuesday, 1 June 2010
Intro 1 : Riadhus Shalihin - Pengenalan Kitab
Imam Nawawi memilih 1896 hadits dari pelbagai kitab hadits termasuk Muwatta' Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, seterusnya menyusun mutiara hadits-hadits tersebut dalam 372 bab dalam kitab Riadhus Shalihin ini. Sebahagian dari bab tersebut didahulukan dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan.
Riadhus Shalihin, Taman Orang-orang yang Saleh, dimulakan dengan bab Ikhlas sebagai peringatan kepada pembaca akan kepentingan keikhlasan dalam mempelajari kitab ini seterus beramal dengannya. Ia diakhiri dengan dengan bab Janji-janji Allah kepada orang beriman di akhirat nanti. Di antara kedua-dua bab ini, hadits-hadits berkenaan amalan yang perlu dilakukan dan larangan yang perlu dijauhi, di segi zahir maupun batin, dinyatakan. Dengan mematuhi panduan ini, seseorang layak berada di taman orang-orang yang soleh seterusnya beroleh ganjaran di akhirat kelak, sebagaimana yang terdapat di bab terakhir.
Imam Nawawi menyusun kitab ini lebih dari 700 tahun yang lalu. Sejak itu Riadhus Shalihin telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, English dan Urdu. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Indonesia sejak tahun 1964 oleh Ustaz Salim Bahreisy. Ada lagi terjemahan Melayu lain selepas itu.
Di samping itu juga ramai ulama menulis kitab syarah Riadhus Shalihin, kitab yang menjelaskan hadits-hadits dalam Riadhus Shalihin. Sekurang-kurang tiga dari kitab syarah ini telah pun diterjemahkan dalam bahasa kita iaitu Kitab Dalilul Falihin Syarah Riadhus Shalihin, yang dikarang oleh Syeikh 'Alan ash-Shiddiqi asy-Syafi'i al-Makki (d. 1057H), Syarah Riadhus Shalihin oleh Sheikh Muhammad ibn Saalih al-Uthaymeen (d. 2001M) dan Bahjatun Nadhirin Syarah Riyadhus Shalihin oleh Sheikh Salim bin Eid Al Hilali.
Kitab Riadhus Shalihin dalam bahasa Melayu boleh di downloadkan dari
http://dakwah.info/download/ atau join http://groups.yahoo.com/group/ilmuhadits/ kemudian download kitab dari bahagian Files.
Dalam bahasa Inggeris pula boleh di access dan download dari:
a) http://www.islamicstudies.info/riyad.php (Terjemahan ini termasuk syarah oleh Hafiz Salahuddin Yusuf, dengan text Arabic)
b) http://www.witness-pioneer.org/vil/hadeeth/riyad/default.htm (Terjemahan ini termasuk syarah oleh Hafiz Salahuddin Yusuf)
c) http://www.central-mosque.com/sunnah/riyadus_saleheen_bewley.pdf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment