Thursday 2 September 2010

Mutiara 21 : Menunaikan Amanah

(Bab 25 : Menunaikan Amanah, Hadits RS199-RS202)


Allah Taala berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” (An-Nisaa’, 4:58)

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab, 33:72)


Seorang yang soleh berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diterima. Di samping itu ia tidak akan mengkhianati amanah yang dipercayakan kepadanya. Ia tahu bahawa mengkhianati amanah adalah salah satu dari sifat orang munafik, orang yang berpura-pura dengan keislaman.

M59. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tanda orang munafik itu tiga: jika berkata ia dusta, jika berjanji ia mungkir dan jika diberi amanah, ia khianat." (RS199; Bukhari, Muslim)

Dalam riwayat lain (ditambah): "Walau ia berpuasa, bersembahyang dan merasakan dirinya muslim."

Imam Nawawi turut memasukkan dalam bab ini satu cerita yang panjang (RS202) bagaimana seorang sahabat, Abdullah bin Az-Zubair menunaikan amanah bapanya, Az-Zubair bin Al-Awwam, untuk membahagikan pusaka beliau setelah menjual harta dan melangsaikan hutang Az-Zubair selepas kematiannya.

No comments:

Post a Comment